top of page

KEADILAN Sarawak dalam proses mantapkan kepimpinan



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak sedang melengkapkan barisan kepimpinan di semua 31 cabang parti itu di seluruh negeri bagi memantapkan semula gerak kerja di peringkat akar umbinya.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak Roland Engan berkata, hal itu antara sebahagian langkah proaktif yang dijalankan pihaknya dalam memastikan kelangsungan perjuangan demi mewujudkan masyarakat yang progresif dan adil dapat dijayakan.

"Dengan adanya Cabang yang tersusun, KEADILAN akan dapat menyumbang ke arah kestabilan dan keberkesanan Kerajaan Perpaduan dalam melaksanakan agenda Malaysia Madani di Sarawak.


"KEADILAN Sarawak kini melangkah dengan tenang memasuki bulan Februari dan penuh keyakinan kerana keutamaan parti kita sekarang ialah mengukuhkan Kerajaan Perpaduan supaya negara dan rakyat dapat ditadbir dengan baik, bersih dan adil," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu jelas Roland, KEADILAN sebagai parti politik tetap menerima permohonanan anggota baharu dan ranting baharu.


Malah katanya, dengan pertambahan anggota dan ranting yang rasmi, parti itu kini semakin kukuh menghadapi segala cabaran pada masa akan datang.


Mengulas mengenai kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan terutama bagi menghadapi beberapa pilihan raya negeri di Semenanjung, beliau menggesa penyokong parti itu mengambil sikap bertenang dan menunggu pengumuman dari pimpinan tertinggi.


Sementara itu jelasnya, penyokong perlu terus fokus membangunkan kekuatan parti itu.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page