KEADILAN Sarawak berpeluang untuk menghadiri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat di PICC, Putrajaya pada kali ini akan membawa dan berbahas isu isu terkait pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Malaysia Timur.
Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan.
Katanya, KEADILAN Sarawak menyambut baik tarikh kongres tahunan yang bersamaan dengan diangkatnya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 akan melaksanakan tugasnya sebagai kumpulan yang membawa pendapat akar umbi untuk disuarakan dalam kongres parti.
"Topik utama perbahasan berkaitan dengan Sarawak kali ini ialah perpaduan dan integrasi nasional; kecemerlangan perkhidmatan awam; MA63 dan 3 wilayah dalam Malaysia; pembangunan infrastruktur jalan raya; kesihatan; pendidikan dan pemerkasaan serta perlindungan ekonomi keluarga, alam sekitar dan pembangunan mampan serta teknologi diperbaharui dan teknologi hijau.
"KEADILAN Sarawak mengucapkan selamat berkongres kepada semua pimpinan, aktivis, anggota, penyokong dan rakyat.
"Semoga negara dan rakyat mendapat manfaat daripada setiap buah fikiran bernas daripada perwakilan, pembahas dan pimpinan pada kongres nasional kali ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Roland Engan turut berharap KEADILAN sebagai satu keluarga besar akan mempunyai semangat kerja berpasukan yang mantap di setiap peringkat parti dan akar umbi selepas penganjuran kongres ini.
"KEADILAN Sarawak menyeru agar semua pimpinan, aktivis, anggota, penyokong dan rakyat untuk memainkan peranan dan fungsi masing-masing dengan cemerlang untuk "Memaknai Reformasi & Menjulang Madani" demi kelangsungan pembangunan negara kita," katanya lagi.
Comments