top of page

KEADILAN Sarawak akan terus bersama Presiden untuk Reformasi total



Pengkhianatan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng tidak akan memberi impak kepada perjuangan KEADILAN Sarawak.


Menurut Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng, KEADILAN akan terus bergerak untuk membela nasib rakyat dan memastikan parti itu akan mencipta kejayaan cemerlang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


"Selama 22 tahun kita bina parti ini untuk perubahan secara “total” bagi Malaysia yang lebih bermaruah dan berintegriti dengan asas perjuangan yang tulen dari golongan reformis.


"Untuk memastikan KEADILAN terus bergerak di atas landasan yang betul, saya bersama bonda Reformasi Sarawak Datuk Seri Habsah Harun akan berganding bahu untuk memacu kejayaan dalam PRN12 dan PRU15," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Naib Presiden KEADILAN itu, dalam suasana Covid 19, pembelaan kepada rakyat harus diutamakan bukannya bermain politik dan membeli pengaruh sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).


"Dalam suasana Covid 19 ini, perjuangan membela nasib rakyat bawahan dan anggota parti amat didambakan. Tiada pilihan kedua kali ini kerana rakyat akan terus menderita jika regim PN dan GPS terus berkuasa.


"KEADILAN Sarawak akan bersama-sama Presiden untuk memastikan negara ini ditadbir oleh pemimpin yang berjiwa reformasi dan meletakkan Malaysia di tempat yang selayaknya," katanya .


Untuk rekod, Larry Sng bukanlah ahli KEADILAN sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 lalu. Beliau menyertai parti komponen BN Sarawak sejak 2001 dan menjadi ADUN Pelagus dari 2001 hingga 2011.


Dalam PRU 14 beliau bertanding sebagai calon Bebas, menang di Parlimen Julau dan kemudian menyertai KEADILAN selepas itu.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page