
KEADILAN menyantuni penduduk berketurunan India yang kurang berkemampuan di Taman Ampang Mewah, Ampang dengan bantuan barang-barang keperluan untuk menyambut perayaan Deepavali.
Program kali ini turut menjemput beberapa pemimpin KEADILAN seperti Timbalan Speaker Negeri Sembilan, Datuk Ravi, dan Ahli Parlimen Batu P Prabakaran.
Menurut Penyelaras Cabang Ampang, Rodziah Ismail yang juga Exco Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Selangor, penyerahan sumbangan itu juga membuktikan tiada masyarakat terpinggir dan semua yang memerlukan mendapat bantuan. Menurut beliau, pemilihan keluarga tersebut menerusi sesi turun padang oleh pasukan KEADILAN tempatan yang juga melibatkan pemimpin pemimpin komuniti.
"Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan ada keluarga masyarakat India yang kurang bernasib baik dan terjejas persiapan perayaan. Inisiatif saudara Sunder untuk menjejaki keluarga-keluarga ini, amat dihargai," katanya.
Datuk Ravi pula berkata, biar pun masih dalam suasana Covid 19 namun jangkitan yang menurun dan sedikit bantuan yang diberikan maka diharap perayaan Deepavali tahun ini akan disambut dengan lebih bermakna.
"Selangor dan Negeri Sembilan mempunyai komposisi demografik yang serupa. Oleh itu saya amat memahami keperitan kehidupan sesetengah komuniti India.
"Bantuan tidak seberapa tetapi keazaman untuk menyambut perayaan dalam keadaan pandemik seseuatu yang amat dicontohi. Walaupun sederhana, perayaan tetap disambut. Syabas YB Rodziah," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu, Prabakaran berkata beliau memberi sokongan kepada mana-mana program anjuran parti untuk membantu rakyat yang memerlukan.
"Saya dan Encik Lai (penganjur), rakan setugas saya di KEADILAN Wilayah Persekutuan mempunyai kesefahaman dalam bab mendukung doktrin reformasi KEADILAN.
"Saya percaya beliau membuat yang terbaik untuk komuniti di Ampang, seperti mana beliau berkhidmat di Wilayah Persekutuan," katanya
Manakala bagi Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, program menyantuni komuniti yang memerlukan itu, sama ada dalam kalangan Melayu, Cina dan India adalah dasar unik parti KEADILAN yang memperjuangkan keharmonian kaum berbanding parti-parti lain.
"Seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita semua satu keluarga besar.
"Namun, hanya dengan adanya pendekatan positif seperti program hari ini, masyarakat lebih memahami reformasi institusi yang KEADILAN laung-laungkan," katanya.
Biar pun Cabang Ampang hanya mempunyai penyelaras selepas Ketua Cabang, Zuraida Kamaruddin meninggalkan parti dalam Langkah Sheraton tahun lalu namun kebajikan penduduk di kawasan berkenaan tetap dijaga dengan baik oleh pemimpin KEADILAN
Dengan begitu banyak program yang dianjurkan, diharapkan Ampang akan kekal menjadi kubu kuat KEADILAN.
Comments