top of page

KEADILAN Sabah semakin kukuh, keahlian lebih 170,000 - Sazalye Donol

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jun 18, 2020
  • 1 min read

KEADILAN semakin mendapat sambutan di Sabah apabila mempunyai seramai lebih 170,000 ahli di negeri itu ketika ini.


Ketua Biro Disiplin KEADILAN Sabah, Sazalye Donol berkata peningkatan jumlah ahli di negeri itu secara tidak langsung menyangkal dakwaan bekas pengarah pilihan raya KEADILAN negeri, Karim Ghani bahawa ribuan ahli akan keluar dari parti tidak lama lagi.


"Kita ada lebih 170,000 ahli, dan dijangka lebih ramai akan sertai KEADILAN," katanya seperti dilaporkan oleh beberapa media.


Sazalye menganggap tindakan Karim mengajak ahli keluar parti beramai-ramai adalah cubaan untuk menjejaskan imej KEADILAN.


"Ini kumpulan yang sama mengancam untuk keluar parti sebelum ini dan sudah banyak kali mereka kata mahu keluar. Kebanyakan mereka pun sudah digantung keahlian dan dalam siasatan Lembaga Disiplin.


"Mereka mahu memburuk-burukkan parti, nak tunjuk seolah-olah KEADILAN tidak ada sokongan, tapi ternyata ia tidak benar.


"Sudahlah 20 orang sahaja yang akan hadir untuk umum keluar parti nanti, itu tanda mereka tidak ada sokongan. Sebaliknya, bilangan ahli KEADILAN Sabah semakin bertambah," katanya.


Pada masa sama, Sazalye menjelaskan mana-mana ahli yang membuat kenyataan media dengan mengajak ahli-ahli lain atas tujuan untuk memburukkan parti dianggap sudah melanggar perlembagaan parti.


Malah, mana-mana ahli yang mahu meninggalkan parti dengan membuat pengumuman kepada media akan kehilangan keahlian secara automatik.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page