top of page

KEADILAN Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Paris

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


KEADILAN Sabah menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang membatalkan sepenuhnya tuntutan pihak yang mengaku waris Kesultanan Sulu terhadap negeri Sabah.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud (gambar) berkata, keputusan itu membuktikan bahawa tuntutan berkenaan tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang nilai perundangan terhadap kedaulatan negara.


"Keputusan ini merupakan kemenangan maruah, kedaulatan dan hak rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah yang selama ini menjadi sasaran tuntutan tidak bertanggungjawab pihak luar.


"KEADILAN Sabah turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Kerajaan MADANI; Jabatan Peguam Negara; Wisma Putra; BHEUU; serta War Room Sekretariat Khas Sulu yang bekerja tanpa henti dalam memastikan kedaulatan Sabah dipertahankan melalui saluran undang-undang yang sah dan telus," katanya menerusi satu kenyataan.


Keputusan pada Selasa lalu itu membatalkan sepenuhnya award akhir pampasan AS$14.9 bilion yang sebelum ini memihak kepada penuntut.


Mahkamah turut memutuskan bahawa tuntutan penimbang tara Gonzalo Stampa tidak mempunyai bidang kuasa, selain tiada perjanjian timbang tara sah mengikat Malaysia dalam prosiding berkenaan.


Menerusi kenyataan sama, Mustapha menegaskan bahawa Sabah adalah dan kekal wilayah sah Malaysia, dan tidak ada mana-mana pihak baik di dalam mahupun luar negara berhak mempertikaikan kedudukan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page