top of page

KEADILAN Sabah perkukuh struktur kepimpinan parti

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 4 days ago
  • 1 min read

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah akan terus memperkukuh struktur organisasi parti itu bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi cabaran-cabaran mendatang.


Ketua Penerangannya, Farid Sainuri (gambar) berkata, bagi tujuan itu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah telah bersetuju melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam struktur kepimpinan negeri.


"Antara pelantikan yang dipersetujui adalah pelantikan tiga Ahli Biro Politik (Biropol) MPN Sabah yang baharu iaitu Datuk Jamawi Jaafar, Datuk Ruji Ubi dan Datuk Yamani Hafez Musa.


"Pelantikan ini diyakini akan memperkukuhkan lagi fungsi Biro Politik dalam memberikan pandangan strategik serta membantu memperkemas hala tuju parti di Sabah," katanya dalam satu kenyataan.


Menerusi kenyataan sama, MPN Sabah juga bersetuju melantik Ketua Cabang Tawau, Fung Thien Yin, sebagai Naib Pengerusi MPN III bagi mewakili Zon Tawau.


Bagi memastikan kelangsungan kepimpinan dan pengukuhan organisasi parti di cabang Tuaran dan Semporna, Patrict Sulaiman diamanahkan sebagai Ketua Cabang Tuaran yang baharu manakala Cabang Semporna dipimpin oleh Arastam Pandorog.

"Pelantikan ini bertujuan memperkukuhkan representasi kepimpinan mengikut zon serta memastikan suara dan keperluan akar umbi di kawasan Pantai Timur terus diberikan perhatian sewajarnya.


"KEADILAN Sabah percaya bahawa kekuatan parti terletak pada kesatuan, disiplin organisasi dan kesediaan seluruh anggota untuk berkhidmat di mana sahaja diperlukan," tambahnya.


Dalam perkembangan lain, Farid berkata, KEADILAN Sabah turut bersedia membantu parti menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang di Johor dan Negeri Sembilan.


"Sebagai tanda solidariti serta semangat perjuangan bersama, Sabah akan menghantar pasukan sukarelawan bagi membantu gerak kerja kempen dan jentera pilihan raya di kedua-dua negeri tersebut," katanya.

1 Comment


Nathan Alane
Nathan Alane
4 days ago

Pengukuhan struktur kepimpinan turut melibatkan penyertaan lebih ramai ahli dalam peranan strategik di peringkat negeri dan cabang.

Edited
Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page