top of page

KEADILAN Sabah mantapkan strategi komunikasi menjelang PRN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 6
  • 1 min read

Para peserta bengkel mendegar amanat khas dari Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil
Para peserta bengkel mendegar amanat khas dari Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil

KEADILAN Sabah melalui sayap penerangannya mengadakan Bengkel Terang dan Menang sebagai usaha memperkukuh strategi komunikasi menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17).


Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri berkata, bengkel tersebut menjadi medan penting bagi membina naratif perjuangan parti, selain memastikan mesej aspirasi rakyat Sabah dapat disampaikan secara jelas hingga ke akar umbi.


Turut berkongsi pengalaman dalam bengkel berkenaan ialah Pengarah JKOM Sabah, Cikgu Milus Alu; Penasihat Media PRN Sabah, Norman Radzuan dan Pengarah Bersama JPR Sabah, Abd Razak Jamil.


Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada Ketua Penerangan KEADILAN Pusat merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, yang menyampaikan amanat secara dalam talian.


Amanat yang beliau sampaikan memberi panduan hala tuju kepada jentera penerangan dalam mengangkat mesej perjuangan parti menuju PRN 17.


Antara pimpinan KEADILAN Sabah yang hadir termasuk M Guntur Sangkar, Junaidah Makku @ Junn, Lobiah Gintoron, M Nur Hilmie, serta Andi Aishwaryanizatul.


Bengkel ini menzahirkan iltizam KEADILAN Sabah untuk terus memperkukuh komunikasi politik secara terancang, bagi memastikan kemenangan rakyat pada PRN-17 akan datang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page