top of page

KEADILAN Sabah mampu bertanding atas lambang sendiri


KEADILAN Sabah mempunyai sebab-sebab kukuh mengapa parti berbilang kaum itu mampu bertanding di atas lambang sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September ini.


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Wendey Agong Baruh berkata antara sebab utama adalah KEADILAN pernah menggunakan lambang parti dalam pilihan raya sebelum ini dan menunjukkan hasil yang cukup memberangsangkan.


"KEADILAN ada sejarah lama di Sabah. Hanya dua tahun selepas penubuhannya, KEADILAN sudah pun meletakkan calonnya bagi bertanding di PRK Likas pada tahun 2001.


"Kemudian, pada tahun 2013, KEADILAN memenangi kerusi Parlimen P174 Penampang . KEADILAN juga memenangi tujuh kerusi DUN pada PRU13.


"Pada PRU14 pula, KEADILAN telah memenangi tiga kerusi Parlimen iaitu Ranau, Putatan, dan Tawau – beserta dua kerusi DUN," katanya dalam kenyataan.


Kejayaan itu, kata Wendey, secara tidak langsung membantu kepada peningkatan bilangan ahli KEADILAN di Sabah


"KEADILAN Sabah kini mempunyai bilangan anggota kedua tertinggi di seluruh Malaysia.


"Pada Jun 2017, keanggotaan KEADILAN Sabah merangkumi 170,000 orang, yakni kedua tertinggi selepas Selangor. Parti KEADILAN mempunyai cabang di kesemua 26 kerusi Parlimen dan juga sebanyak 93 ranting (cawangan) di Sabah," katanya.


Wendey yang juga Ketua KEADILAN Cabang Sipitang berpandangan partinya sentiasa memperjuangkan hak orang Sabah, malah mengiktiraf kedudukan Sabah dalam parti.


"KEADILAN sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak. Fasal 5.7, 5.8, dan 5.11 dalam Perlembagaan Parti jelas menyatakan tujuan dan matlamat perjuangan KEADILAN bagi mengiktiraf kedudukan istimewa wilayah Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.


"Dalam parti ini juga, hanya Pengerusi KEADILAN Sabah dan Sarawak sahaja akan menjadi anggota Biro Politik iaitu badan eksekutif tertinggi parti.


"Kami yakin dengan kemampuan KEADILAN logo parti yang digunakan selama ini, dengan bilangan kerusi yang cukup pada PRN Sabah untuk memastikan kemenangan gabungan WARISAN Plus," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page