top of page

KEADILAN Sabah hantar jentera bantu PRN 6 negeri - Dr Sangkar



KEADILAN Sabah menghantar jentera bagi membantu rakan rakan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di 6 negeri dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Dr Sangkar Rasam, jentera dari Sabah itu dihantar melalui Ketua-ketua Cabang merangkumi 26 Cabang seluruh Sabah termasuk Labuan.


"Hari ini saya serta beberapa jentera berada di Kelantan untuk penamaan calon dan selepas ini jentera akan dipecahkan mengikut tugas masing-masing yang akan dipantau Ketua-ketua Cabang.


"Manakala Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew, Naib Presiden KEADILAN Awang Husaini Sahari dan ADUN Inanam yang merupakan Ketua Cabang Sepanggar Peto Galim berada di Selangor," katanya dalam satu kenyataan.


Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud pula, kata Dr Sangkar, berada di Kedah, juga beberapa Ketua-ketua Cabang lain telah berada di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Terengganu.


Jentera Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan pula, katanya, akan dipecahkan ke semua negeri terlibat dan jentera akan membantu sehingga ke hari pembuangan undi pada 12 Ogos.


"Dengan situasi semasa saya yakin Kerajaan Perpaduan akan mengekalkan pentadbiran negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.


"Kita melihat peluang cerah untuk mengambil alih pentadbiran negeri Kedah atas kegagalan kerajaan negeri dalam mentadbir negeri serta menjaga kebajikan rakyat.


"Untuk Kelantan dan Terengganu saya melihat peluang 50-50 dan ini sangat baik kerana gelombang perubahan semakin kuat di dua negeri yang sebelum ini ditadbir oleh Pas sejak. Dengan isu air yang berlarutan sejak sekian lama, kemiskinan serta kedaifan infrastruktur mendorong kepada perubahan rakyat yang dilihat mula menyokong Kerajaan Perpaduan.


"Begitu juga dengan kegagalan menyediakan peluang pekerjaan sehingga anak muda terpaksa meninggalkan negeri untuk mencari rezeki di negeri yang ditadbir Kerajaan Perpaduan. Keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Pas yang telah mentadbir lebih dua dekad semakin pudar," katanya.


Tambah beliau, keyakinan rakyat Kelantan dan Terengganu beralih selepas melihat prestasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara dengan menitik beratkan kebajikan rakyat. Tindakan Perdana Menteri mengimarahkan Seri Perdana dengan program-program keagamaan serta kedatangan tokoh dan ilmuwan agama dari seluruh dunia membuktikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi lebih terjamin di bawah pentadbiran kerajaan Perpaduan, berbeza dengan apa yang dicanang pemimpin Pas sebelum ini.


Katanya, dalam pengagihan jentera, Ketua Cabang Tuaran Razeef Rakimin yang merupakan Timbalan Ketua Penerangan Keadilan Pusat dipertanggung jawabkan memantau dan membantu kempen di semua negeri terlibat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page