top of page

KEADILAN Sabah, Sarawak sokong Anwar sebagai PM

Updated: Jul 3, 2020



KEADILAN Borneo meliputi Sabah dan Sarawak menyatakan sokongan penuh kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-9.


Naib Presiden KEADILAN, Dr Michael Teo Yu Keng berkata ini bertepatan dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah calon Perdana Menteri serta Pengerusi PH yang baharu merangkap Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat pada 7 Mei 2020.


"KEADILAN Borneo akan terus bersama dengan Anwar dalam memartabatkan serta meneruskan agenda reformasi bersama PH dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15," katanya dalam kenyataan.


Kenyataan Dr Teo yang juga merupakan Ahli Parlimen Miri sekaligus menolak sebarang spekulasi dan dakwaan bahawa KEADILAN terbuka untuk memilih calon PM selain dari Anwar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page