top of page

KEADILAN Putrajaya sokong ketegasan Fahmi benteras jenayah siber

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 1
  • 1 min read

ree

KEADILAN Cabang Putrajaya menyatakan sokongan penuh terhadap ketegasan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam menegur kegagalan syarikat teknologi Meta membanteras jenayah siber, khususnya perjudian dalam talian yang semakin berleluasa.


Ketua Penerangannya, Mohd Hafiz Osman berkata, laporan bahawa sehingga 19 September lalu sebanyak 168,774 permohonan penurunan kandungan telah dikemukakan kepada Meta tetapi respons syarikat itu amat mengecewakan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

Mohd Hafiz Osman
Mohd Hafiz Osman

"Lebih membimbangkan, lebih 100,000 daripada jumlah itu melibatkan kandungan berkaitan judi dalam talian, iaitu satu bentuk jenayah yang merosakkan masyarakat dan ekonomi negara.


"KEADILAN Putrajaya berdiri teguh di belakang ketegasan menteri untuk mendesak Meta meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, melaksanakan mekanisme pengesahan pengguna lebih ketat termasuk penggunaan MyDigital ID, serta mengenakan tindakan tegas sekiranya tahap kerjasama mereka terus mengecewakan," katanya dalam kenyataan.


Beliau menegaskan, KEADILAN Putrajaya akan terus mendukung segala usaha kerajaan demi memastikan rakyat Malaysia terlindung daripada jenayah siber yang semakin kompleks.


"Pendekatan Malaysia MADANI yang menekankan integriti dan keselamatan digital hanya akan berjaya sekiranya syarikat teknologi global seperti Meta turut bertanggungjawab terhadap kandungan yang mereka benarkan di platform masing-masing," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page