top of page

KEADILAN Putatan siap sedia hadapi PRN Sabah - Awang Husaini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 26
  • 1 min read

ree

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, KEADILAN bersama Pakatan Harapan (PH) negeri kini sudah mengatur langkah penuh kesiapsiagaan dan bersedia menggempur gelanggang politik yang dijangka dibuka pada bila-bila masa.


Perkara itu dimaklumkan Ketua Cabang KEADILAN Putatan, Datuk Awang Husaini Sahari (gambar) ketika ditemui Suara Keadilan, baru-baru ini selepas perasmian Bilik Gerakan Utama (BGU) Putatan.


Katanya, perasmian BGU itu adalah memberi isyarat kepada kepimpinan bahawa pihaknya sudah bersiap bersedia sekiranya PRN diadakan pada bila-bila masa.


"Pada hari ini kita hanya menjemput jentera-jentera utama, tetapi yang hadir lebih daripada jentera-jentera utama. Terima kasih kepada semua yang hadir.


"Kita juga akan membuat satu acara yang lebih mantap apabila tiba masanya nanti, mungkin ketika pelancaran jentera pilihan raya nanti," katanya.


PRN Sabah dijangka akan diadakan pada tahun ini berikutan tempoh pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada yang ditadbir oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan berakhir pada Oktober 2025.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page