
KEADILAN Putatan mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membantu penduduk Kampung Lok Urai di Pulau Gaya setelah rumah mereka ditimpa kebakaran.
Pemangku Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Putatan, Mazlan Abd Ghani berkata, Ahli Parlimen Putatan, Awang Hussaini Sahari telah pun melakukan lawatan di tempat kejadian dan mendapati seramai 78 keluarga telah terjejas akibat bencana tersebut.
"Justeru, kami memohon sedikit sumbangan daripada tuan dan puan dalam bentuk pakaian terpakai untuk lelaki dewasa, perempuan dewasa, remaja lelaki dan perempuan serta pakaian untuk kanak-kanak.
"Barangan tersebut boleh dihantar terus ke pejabat KEADILAN Cabang Putatan dalam masa 3 hari dari sekarang," katanya.
Katanya lagi mereka yang berminat untuk memberikan sumbangan, bolehlah berhubung dengan, Setiausaha Kerja KEADILAN Cabang Putatan, Azhar Said.
Bagi sumbangan kewangan secara atas talian pula, bolehlah disalurkan kepada akaun bank Pusat Khidmat Parlimen Putatan seperti berikut:
Nama Bank : Bank Islam
Nombor Akaun : 10016010104273
Atas nama: Tabung Bantuan Kebakaran Pulau Gaya
Sila WhatsApp slip atau bukti sumbangan tuan-tuan kepada nombor 0143288575 (Rayner) untuk rekod dan laporan.