KEADILAN, PH yakin terus terajui negeri Selangor


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yakin KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) akan terus menerajui negeri itu di masa akan datang.


Beliau menyifatkan, sebarang isu dalaman parti mahupun rakaman audio yang tular didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi langsung tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi di Selangor menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Malah, katanya, walaupun ada tindakan lompat parti, ia sedikit pun tidak menjejaskan kedudukan majoriti PH dalam kerajaan negeri Selangor.


“Bukan baru-baru ini sahaja ada wakil rakyat kita keluar parti, malah pada penggal 2008-2013, sejumlah Ahli Parlimen keluar (parti).


“Dari semasa ke semasa, apa pun yang berlaku, kita masih kuat dan mempunyai dua pertiga majoriti di DUN Selangor. Ia terbukti menerusi pelbagai program bersama rakyat yang dilaksanakan sehingga kini,” katanya.


Selepas peristiwa Langkah Sheraton, PH kekal menjadi pentadbir Selangor dengan 41 kerusi yang terdiri daripada 19 kerusi KEADILAN, 15 kerusi DAP dan 6 kerusi Amanah.


Kira-kira 4 orang ADUN KEADILAN keluar parti untuk menyertai Bersatu dan menyokong Perikatan Nasional (PN) iaitu ADUN Gombak Setia, Hilman Idham, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, ADUN Lembah Jaya, Haniza Talha dan ADUN Sementa, Daroyah Alwi.


Namun 3 ADUN Bersatu keluar parti kerana enggan menyokong Perikatan Nasional (PN), sebaliknya mereka menyertai Pejuang iaitu ADUN Batang Kali, Harumaini Omar, ADUN Jeram, Shaid Rosli dan ADUN Kuang, Salehudin Amiruddin.


ADUN Teratai, Bryan Lai Wai Chong menjadi satu-satunya ADUN dari DAP yang keluar parti namun beliau masih menyokong PH.


Yang selebihnya, UMNO memiliki 5 kerusi DUN manakala PAS hanya memiliki satu kerusi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER