top of page

KEADILAN, PH kekal sokong Shafie Apdal - Anwar



Pergolakan politik di Sabah tidak mengubah sokongan KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) terhadap kerajaan Warisan di negeri itu.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, partinya kekal menyokong kepimpinan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang cuba digulingkan oleh pemimpin Umno, Musa Aman.


"Kita prihatin. KEADILAN dan PH masih menyokong kerajaan Warisan dan Datuk Seri Shafie. Dan kita mengikuti," kata Anwar ketika disoal wartawan usai perjumpaan bersama pimpinan dan anggota KEADILAN di Melaka, malam tadi.


Mengulas terdapat seorang ADUN KEADILAN yang terlibat dengan pengkhianatan tersebut, Anwar tegas menolak tindakan berkenaan.


"Ada dari KEADILAN. Kita tidak izinkan," katanya.


Pengerusi PH itu turut mengecam pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan pihak Perikatan Nasional (PN). Katanya, situasi di Sabah menggambarkan seolah-olah mandat rakyat dalam pilihan raya umum lalu tidak berharga dan boleh dijual-beli oleh ahli-ahli politik PN.


"Tidak, sebab perubahan begini rakyat faham, mandat diberikan (kepada Warisan).


"Ini sepak terajang politik di kalangan Ahli Parlimen, pimpinan itu tidak semestinya mewakili aspirasi rakyat. Kadang-kadang orang salah telahan bahawa percaturan politik kelompok atasan itu mewakili aspirasi rakyat," kata Anwar.


Ditanya sama ada pengkhianatan kali ini mewajarkan pilihan raya umum (PRU) ke 15 disegerakan, beliau menolak satu pilihan raya dalam keadaan Covid 19.


"Pilihan raya umum dalam keadaan Covid dan sekatan-sekatan ini masalah. Itu yang kita keberatan. (Bagaimanapun) kalau PRU (berlaku juga) jentera kita dipersiapkan (seperti) di Melaka. Antara yang ditekankan adalah untuk persiap jentera pilihan raya, poster pun kena pakai macam ini (pelitup muka)," katanya.


Percubaan menggulingkan Shafie di Sabah sehingga pagi ini masih belum berjaya. Sebaliknya, Shafie membayangkan Sabah mungkin akan mengadakan pilihan raya negeri mengejut untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page