KEADILAN Permatang Pauh kecam Israel tahan sukarelawan GSF
- Suara Keadilan

- Oct 2
- 1 min read

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Permatang Pauh mengecam keras tindakan rejim Israel menahan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang terdiri daripada masyarakat sivil dan aktivis keamanan antarabangsa, termasuk dari Malaysia.

Dalam satu kenyataan, KEADILAN Permatang Pauh menyifatkan penahanan itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
"Penahanan kejam ini adalah bukti jelas bahawa Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa, menafikan hak asasi manusia, serta menindas usaha masyarakat dunia yang hadir dengan niat murni membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita akibat penindasan berdekad lamanya," tegas kenyataan itu.
KEADILAN Permatang Pauh turut menuntut agar semua sukarelawan yang ditahan dibebaskan segera serta mendesak komuniti antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengambil tindakan tegas terhadap keangkuhan Israel.
"Kami menegaskan bahawa perjuangan membela Palestin adalah perjuangan kemanusiaan sejagat dan KEADILAN Permatang Pauh tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman yang berterusan ini," kata kenyataan itu lagi.









Comments