top of page

KEADILAN Permatang Pauh hantar kotak PPE kepada frontliners Sabah

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Feb 12, 2021
  • 1 min read

ree

KEADILAN Permatang Pauh menghantar 10 kotak pakaian perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan di Sabah bagi membantu mereka dalam menangani Covid-19 di negeri itu.


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata PPE itu dibuat khas oleh warga wanita di kawasannya.


"Alhamdulillah, hari ini kami telah menghantar 10 kotak PPE buat petugas barisan hadapan di Sabah yang dijahit oleh wanita-wanita #PermatangPauh di bawah inisiatif Projek Kasih," katanya.


Tambah Izzah, mereka akan terus menghasilkan PPE bagi mengurangkan beban petugas barisan hadapan di masa akan datang.


"Insya-Allah, wanita-wanita Permatang Pauh Women’s Project akan meneruskan misi menghasilkan PPE buat petugas barisan hadapan bagi menampung sedikit sebanyak masalah kekurangan PPE, di samping dapat memberi mereka peluang menjana pendapatan ketika PKP 2.0 ini," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page