top of page

KEADILAN perlu naratif baru untuk menang pilihan raya - Nik Nazmi



Pakatan Harapan (PH) perlu mencipta naratif baharu untuk pilihan raya akan datang selepas kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak.


Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, naratif baharu amat diperlukan apabila mendepani kehendak Undi 18 dan pengundi muda 21 yang jumlahnya melebihi 5 juta sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada 2022 atau 2023.


Katanya, KEADILAN perlu melengkapkan diri dengan kempen media sosial dan sebagainya bagi mendekati segmen generasi muda tersebut.


"Kena terima realiti. Bila kita dalam politik kita kena faham masyarakat kita. Kita kena faham Undi 18, kelompok ini ramai. Generasi yang tak pakai Tik Tok dah mati, contohnya. Jadi media sosial penting.


"Kita ada kumpul laporan parti, waktu banjir baru baru ini kita berjaya garap RM10 juta dalam pelbagai bentuk bantuan di seluruh negara. MUDA sebaliknya kumpul RM2 juta tetapi rakyat lebih nampak. Bagi saya naratif itu sangat penting.


"Kalau kita tengok Bernie Sanders (senator Amerika Syarikat yang berusia 80an) di luar negara, mereka guna media. Tetapi media sosial bukan segala galanya.


"Saya berpandangan kita kena engage. MUDA dari segi idealisme mereka lebih dekat (dengan PH) berbanding Bersatu. Mereka ini sangat muda tetapi kita tidak perlu takut kerana mereka ini medan melahirkan wakil rakyat muda, pimpinan muda pelbagai kaum," katanya dalam forum "Pasca 2 PRN: Apa Formula Kebangkitan?", malam tadi.


Nik Nazmi juga berkata, KEADILAN perlu menonjolkan aset pemimpin muda yang dimilikkinya dalam arus anak muda yang akan menentukan kemenangan selepas mengekalkan undi teras sedia ada.


"Kalau lihat di Melaka, Umno Melaka dia kerah jentera (anggota) dia, kalau kira balik undi tidak jauh beza dengan jentera (anggota).


"Kita kena tonjolkan pimpinan muda. Kita ada tokoh yang mungkin selalu disebut tetapi tidak aktif seperti Rafizi, Nurul Izzah. Kita kena tonjolkan pimpinan muda, wanita muda dan itu akan menjawab masa depan KEADILAN


"Begitu juga kita kena dekat dengan isu rakyat. Dulu GST kita guna kerana itu isu populis. Sekarang kita kena cari pendekatan berbeza," katanya.


Beliau turut menyentuh mengenai memorandum kerjasama PH - BN walaupun bagus dan berjaya menambahbaik beberapa perkara seperti memperbanyak jawatankuasa khas parlimen, meluluskan belanjawan dengan perubahan besar peruntukan kewangan Covid 19, pindaan Perjanjian Malaysia mengembalikan hak penduduk Malaysia Timur, Akta Anti lompat parti dan sebagainya tetapi tidak dipromosikan dengan berkesan oleh propaganda PH


Nik Nazmi juga mengutarakan masalah kurang faham pemimpin melihat senario politik di bawah sehingga mengulang ulang isu pengkhianatan Langkah Sheraton dalam kempen pilihan raya sedangkan rakyat tidak mahu tahu hal berkenaan.


"Langkah Sheraton itu sudah sejarah. Kalau saya turun orang akan tanya mengapa lompat? Kita rasa marah kerana kita tak lompat. Bagi rakyat mereka dah undi kerajaan dah jatuh, (siapa lompat) itu bukan masalah dia. Yang lompat itu masalah kita.


"Di Melaka kita terlalu tekankan soal nak dapat balik mandat rakyat. Saya yakin kita telah lakukan yang terbaik. Tetapi kempen untuk dapatkan mandat rakyat dalam keadaan rakyat bergelut suasana ekonomi yang sempit, Covid dan lain lain, benda itu kurang menarik," katanya lagi.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page