top of page

KEADILAN perlu dengar idea akar umbi - Fahmi Zainol



Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Fahmi Zainol berkata, parti itu perlu mendengar idea idea daripada akar umbi selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Johor bagi memperbaiki gerak kerja pada masa hadapan.


Bercakap dalam forum anjuran AMK Malaysia malam tadi, beliau berkata selama ini suara yang didengari adalah dari peringkat pertengahan ke atas dan tidak di peringkat bawahan.


"Saya tahu kita di peringkat kepimpinan banyak bercakap. Tetapi sekarang siapa yang nak mendengar? Kita kurang pendengar yang setia.


"Selama ini kita panggil sesetengah individu cerita idea dia tetapi kita tak pernah pun ambil idea dari bawah.


"Oleh itu, saya dan kawan kawan di peringkat AMK setelah PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor kami akan menjadi individu yang akan mendengar pandangan akar umbi, khususnya di peringkat AMK.


"Saya dan rakan rakan akan adakan siri jelajah secara maya bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad ini. Kami akan buat sesi zoom bersama anggota AMk dari seluruh pelusuk Cabang untuk dengar luahan kawan kawan kita. Luahan itu kita akan bawa kepada presiden," katanya.


Menjawab soalan moderator mengenai pemilihan parti dan kembalinya Rafizi Ramli, Fahmi berkata, mungkin formula Rafizi kali ini adalah menjenamakan semula KEADILAN.


Katanya, beliau tertarik menyertai KEADILAN suatu ketika dahulu pun kerana idea 'gila gila' Rafizi dalam memperjuangkan isu rakyat. Tambah Fahmi, isu yang mendasar dan penyelesaian yang ditawarkan Rafizi itu menyebabkan sokongan padi pengundi Atas Pagar kepada perjuangan KEADILAN.


"Dengan kembalinya beliau maka kembalinya branding KEADILAN itu sendiri. Susuk tubuh Rafizi adalah branding. Produk ok tetapi kalau tak ada branding produk itu akan hilang,


"KEADILAN telah hilang branding itu sewaktu di Sarawak, Melaka dan Johor.


"KEADILAN ditunjuangi oleh Datuk Seri Anwar, yang membranding produk adalah Rafizi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page