top of page

KEADILAN Perlis sumbang pek makanan kepada barisan hadapan



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis menyumbang makanan dan pelitup muka kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus menjalankan sekatan jalan raya bagi membendung wabak Covid 19 baru-baru ini.


Menurut Naib Ketua AMK Perlis, Amar Abdul Jalil, program yang dianjurkan oleh AMK Cabang Padang Besar dengan kerjasama KEADILAN Cabang Padang Besar itu telah berjaya memberi sumbangan kepada barisan hadapan di beberapa lokasi terpilih.


"Program serahan sumbangan pek makanan, air mineral dan pelitup muka kepada frontliner kita melibatkan 5 lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) khususnya di Kawasan Parlimen Padang Besar.


"Sekatan Jalan Raya ini dikuatkuasakan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0


"Antara lokasi yang terlibat adalah SJR Kubang Perun, SJR AKSEM Chuping, SJR AKSEM Sg Chucuh, SJR Pusat Kor Kaki Bukit dan SJR SK Paya," katanya.


Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir; YB Asrul Nizan Abd Jalil, ADUN Sena merangkap Naib Pengerusi MPN Perlis serta Restoran De Chinta Ayu dan Warung Istana Kasih atas sumbangan yang disalurkan bagi menjayakan program berkenaan.


Turut hadir adalah Amran Kamarudin, Ketua Cabang KEADILAN Padang Besar merangkap Pengerusi MPN Keadilan Negeri Perlis; Boon Chu, Setiausaha KEADILAN Cabang Padang Besar; Taranjit Singh, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis serta Hadzrol Fahmi, Pengarah Komunikasi KEADILAN Cabang Padang Besar.


"Saya mewakili AMK Cabang Padang Besar ingin mengucapkan penghargaan kepada para frontliner kita yang bekerja keras bagi menjaga ketenteraman awam semasa musim PKP 2.0 ini. Besar harapan kita agar seluruh rakyat dapat mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan agar Perlis bebas Covid19," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page