top of page

KEADILAN Perlis sokong Anwar terus laksana reformasi institusi


KEADILAN Perlis berdiri teguh di bekalang kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada dalam menerajui KEADILAN mahupun Pakatan Harapan (PH).


Menurut kenyataan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Perlis, ketokohan Anwar amat diperlukan bagi meneruskan 'reformasi institusi' di Malaysia yang tidak mungkin boleh dicapai secara menyeluruh jika perjuangan itu dipimpin tokoh lain.


"KEADILAN Negeri Perlis teguh setia menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Presiden KEADILAN dan Pengerusi PH yang sentiasa iltizam dengan semangat reformasi walaupun diduga siri ujian dari 1998 sehingga kini.


"Keteguhan pegangan prinsip, kejituan penegakan agenda reformasi dan kenegarawanan beliau jelas terserlah dalam krisis yang dihadapi negara sekarang.


"Sebagai contoh, melalui pejabat Ketua Pembangkang, beliau telah melancarkan program pasca-Covid yang merangkumi strategi-strategi baik bagi memacu negara keluar daripada pandemik, peningkatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.


"Oleh itu, KEADILAN Perlis tetap akan meneruskan agenda reformasi membela rakyat dan reformasi institusi agar Malaysia bebas dari unsur-unsur penyelewengan, rasuah serta salah guna kuasa," kata mereka.


Selain tu, KEADILAN Perlis juga menggesa ahli-ahli dan penyokong agar bersiap sedia menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang mungkin diadakan lebih awal daripada tarikh Mei 2023.


"Kami menggesa seluruh pemimpin dan anggota parti teruskan usaha pengukuhan parti serta menyusun gerak kerja ke arah PRU 15 bagi meneruskan kejayaan KEADILAN yang telah dimenangi dalam PRU-14," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi MPN negeri, Amran Kamarudin, Ketua Wanita Perlis, Nor Azrina Surip dan Ketua AMK negeri, Amar Abd Jalil.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page