top of page

KEADILAN Perlis mahu pertahankan kerusi, perluaskan sokongan pengundi


KEADILAN Perlis memberikan tumpuan sepenuhnya kepada misi untuk mempertahankan semua kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.


Malah, ADUN Sena Asrul Nizan Abd Jalil berkata pihaknya sedang berusaha untuk memperluaskan lagi sokongan pengundi di negeri itu.


Usahanya itu turut dibantu oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang berkunjung ke Perlis baru-baru ini.


"Alhamdulillah terima kasih YB Nurul Izzah Anwar hadir ke Perlis bagi membantu jentera meluaskan lagi tapak sokongan pengundi di negeri Perlis kepada Parti Keadilan Rakyat.


"Prestasi KEADILAN dalam pilihan raya di Perlis sebelum ini agak perlahan berbanding dengan negeri lain sejak parti menyertai pilihan raya bermula pada tahun 1999 di mana KEADILAN pada PRU-13 barulah berupaya memecahkan kebuntuan kemenangan sulung dengan memenangi kerusi DUN Indera Kayangan oleh Chan Ming Kai ketika itu," katanya.


Bagaimanapun, Asrul yakin terdapat peningkatan sokongan pengundi terhadap KEADILAN sejak PRU-14.


"Pada PRU-14, berlaku lonjakan ketara pada prestasi pencapaian parti di negeri apabila memenangi kerusi Parlimen Kangar melalui YB Amin Ahmad dan kerusi DUN Sena, melalui saya sendiri, DUN Indera Kayangan melalui YB Gan Ay Ling serta KEADILAN DUN Kuala Perlis melalui YB Azam Karap," katanya.


Justeru, Asrul berkata Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis sudah menetapkan sasaran bagi menghadapi PRU-15.


"Sasaran MPN Perlis dalam PRU-15 adalah mempertahankan 1 kerusi Parlimen dan 3 DUN yang dimenangi dalam PRU-14 di samping meluaskan tapak sokongan parti dengan memenangi 2 kerusi Parlimen yang lain serta 8 kerusi DUN lagi," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page