KEADILAN Perlis azam tawan 2 kerusi Parlimen BN PRU 15



KEADILAN Perlis berazam untuk merampas dua kerusi Parlimen milik BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis, Amran Kamaruddin, keupayaan merampas kerusi BN bukanlah cakap kosong sebaliknya terdapat tanda-tanda rakyat Perlis mahu berubah selepas sekian lama diperintah BN dan muak dengan kerajaan Perikatan Nasional yang tiada hala tuju.


"Tiga kerusi Parlimen iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar mampu dipertahankan dan dirampas dalam PRU akan datang.


"Parlimen Kangar telah dimenangi oleh KEADILAN dalam PRU yang lalu dan tidak menjadi kesukaran kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankannya manakala dua lagi kerusi Parlimen iaitu Padang Besar dan Arau harus dirampas dalam PRU ke 15.


"Manakala 5 kerusi DUN yang telah ditandingi oleh Bersatu pada PRU yang lalu akan turut dirampas bagi memastikan kesemua 15 kerusi DUN Perlis menjadi milik PH pada PRU kali ini," kata beliau dipetik.


Amran yang juga merupakan Ketua Cabang KEADILAN Padang Besar berkata, tiada yang mustahil sekiranya rakyat mahu BN ditukar.


Cuma, katanya, kerjasama dalam PH harus dipertingkatkan bagi menunjukkan pakatan itu mampu memerintah Perlis.


Dalam PRU lalu KEADILAN berjaya mengambilalih kerusi Parlimen Kangar dari BN. Dua lagi, Arau dan Padang Besar dikuasai BN.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER