top of page

KEADILAN perkenal teknologi blockchain, jamin integriti pemilihan parti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 10
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan memperkenalkan teknologi blockchain dalam sistem pemilihan parti berkenaan yang akan bermula Jumaat ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, teknologi tersebut diperkenal bagi memastikan tahap keselamatan dan ketulenan data pengundi dalam talian, selain menjamin integriti pengundian.


"Mekanisme sekuriti diperkenalkan dengan pengundi atas talian perlu mengesahkan identiti mereka dengan mendapatkan OTP melalui nombor telefon yang berdaftar dan melalui pengesahan wajah.


"Pengundi fizikal pula perlu membawa kad pengenalan mereka ke pusat mengundi dan perlu melalui pengesahan biometrik cap jari untuk pengesahan identiti.


"Langkah ini menjadikan KEADILAN sebagai parti politik pertama di Malaysia yang menerapkan pendekatan teknologi secara menyeluruh dalam proses demokrasi dalaman, sekali gus memperkukuh kedudukan parti sebagai pelopor pembaharuan politik yang progresif dan berteraskan teknologi," katanya menerusi satu kenyataan.


Sementara itu menurut Dr Zaliha, proses pemilihan kali ini turut menyaksikan jumlah pengundi berdaftar yang menggalakkan iaitu mencapai sehingga 296,403 anggota layak mengundi.


Daripada jumlah itu jelasnya, 8,040 anggota (2.7%) memilih untuk mengundi secara fizikal, manakala selebihnya memilih menggunakan saluran dalam talian menerusi aplikasi ADIL.


"Proses pengundian bagi kedua-dua kaedah ini akan dijalankan serentak mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.


"Keputusan akan diumumkan pada hari sama bagi cabang-cabang mengikut tarikh yang telah ditetapkan JPP," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page