top of page

KEADILAN perkenal 7 calon tokoh profesional bertanding di utara, selatan tanah air



KEADILAN hari ini memperkenalkan 7 muka baharu tokoh profesional yang akan bertanding sebagai calon parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon calon tersebut mempunyai ketokohan tertentu dan amat berketrampilan serta berwibawa dalam membela rakyat.


"Kita persembahkaan kepada rakyat (calon calon) dan menunjukkan seriusnya kita menampilkann tokoh berwibawa. Juga komitmen kita bahawa parti ini bukan hanya pertahankan aktivis parti (sebagai calon) tetapi juga memberi ruang kepada yang lain, yang boleh memberi sumbangan kepada rakyat dan negara.


"Pertama, seorang pegawai kanan perkhidmatan awam yang pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah JPA, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainal Azman Abu Seman.


"Lulusan Universiti Putra Malaysia, ijazah lanjutan UKM dan Intan. Beliau menghadiri kursus di universiti Columbia (Amerika Syarikat). Beliau kita putuskan untuk bertanding di Perak. Saya ucap selamat maju jaya


"Kedua, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan. Beliau mantan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin dan Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia. Latar belakang pendidikan sarjana muda Universiti Kuwait. Mendapat ijazah doktor falsafah Universiti Edinburgh, Scoltland.


"Dia ada pengalaman panjang dunia akademik. Menjadi pensyarah UM sebelum dilantik ke Jabatan Pengajian Malaysia Univesiti Kaherah, Mesir," katanya.



Anwar juga memperkenalkan seorang calon yang giat membela kebajikan golongan Orang Kelainan Upaya


Beliau adalah Dr Nor Aishah Mydin Abd Aziz yang merupakan pensyarah kanan bidang peristologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya


Kata Anwar, kehadiran beliau sebagai calon di Wilayah Persekutuan menjadi lambang iltizam KEADILAN untuk mengangkat sumbangan golongan kelainan upaya dan wanita.


"Seterusnya al fadhil ustaz yang sangat dihormati dan dari keturunan ulama yang dihormati. Dalam zaman ini tak ramai boleh saingi pengaruh Tok Guru Nik Abdul Aziz dan tokoh berkenaan ialah ustaz Nik Omar Nik Aziz.


"Beliau seorang ilmuan agama dan berdakwah terus menerus dalam apa keadaan sekali pun. Pernah bertugas sebagai Yang Dipertua Yadim.


"Beliau lulusan al Azhar bidang Usuluddin Hadis, melanjutkan pendiikan sarjana di Universiti Yarmouk dalam bidang syariah.


"Nik Omar akan bertanding di Perak," katanya.


Nik Omar (kiri) bersama Datuk Zainal Azman Abu Seman

Anwar juga memperkenalkan bekas Ketua Pengarah Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan Mat Yusop yang mempunyai pengalaman 30 tahun di bidang korporat serta pernah menyertai pengurusan Kumpulan Ben Laden, syarikat korporat terkenal di Arab Saudi. Beliau akan bertanding di Selangor.


Selain itu, kata Anwar, KEADILAN juga menampilkan tokoh muda Jufitri Joha, mantan Presiden Majlis Belia Malaysia. Beliau merupakan lulusan sarjana dari United Kingdom dan aktif dalam pertubuhan NGO sejak dua dekad lalu. Jufitri akan bertanding di Negeri Sembilan.


Juga yang terakhir Fatin Amelia Fadzli berusia 28 tahun. Salah seorang calon termuda dalam kalangan mahasiswa. Beliau calon PhD Universiti Malaya dan akan bertanding di Perlis.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page