top of page

KEADILAN perinci rangka pemulihan ekonomi pasca Covid 19




Wabak Covid 19 yang menggugat asas ekonomi negara menyebabkan sebilangan besar rakyat terkesan akibat pembuangan kerja serta pemotongan gaji.


Menangani masalah berkenaan, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN hari ini telah memutuskan untuk mengusahakan penggubalan dasar-dasar berhubung penempatan semula tenaga kerja.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, usaha itu penting bagi memastikan ekonomi negara kembali mendapat keseimbangnya dan rakyat terus terbela kebajikan mereka.


"Memandangkan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang amat meluas termasuk terhadap pendapatan dan pekerjaan, MPP akan mengusahakan penggubalan dasar-dasar terutama berhubung penempatan semula tenaga kerja (redeployment of labour)


"Termasuk usaha memangkin pertumbuhan bagi sektor-sektor ekonomi yang paling terjejas atau yang berpotensi tinggi; penyelesaian masalah akses pendidikan serta perkara-perkara lain yang melibatkan pertumbuhan ekonomi dan kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Fahmi lagi, mesyuarat MPP juga membincangkan isu peralihan kuasa yang perlu dibuat secara teratur dan dalam kerangka serta disiplin Pakatan Harapan (PH).


"MPP juga menyatakan pendirian parti untuk terus mengukuhkan PH dan terutama di dalam langkah-langkah berkait peralihan kuasa, KEADILAN akan terus bersama Pakatan Harapan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page