top of page

KEADILAN Perak tapis calon lantikan politik



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perak tidak tergesa-gesa dalam mengisi jawatan lantikan politik melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketua kampung.


Setiausahanya Mohd Azlan Helmi berkata parti sedang melakukan tapisan teliti bagi memastikan lantikan individu tersebut dapat dibuat dengan tertib dan mengikut prosedur.


"Berkenaan lantikan GLC, sudah ada nama-nama yang ditapis di peringkat kepimpinan KEADILAN Perak bagi memastikan mereka yang dipilih benar-benar layak dan selepas itu kita akan serahkan kepada pimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak untuk dipersetujui.


"Memang kita ingin segerakan lantikan khususnya melibatkan ketua kampung dan ahli majlis PBT, malah Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad pun ada nyatakan sebelum ini ia dalam fasa akhir," kata Mohd Azlan dalam satu sidang media sempena Karnival Wow Perak FM di Kampar semalam.


Difahamkan, PH diberikan 65 peratus kuota untuk diisi ketiga-tiga komponen parti bagi semua jawatan lantikan politik di negeri ini.


Selebihnya akan diisi oleh parti-parti di dalam Barisan Nasional (BN) yang merupakan rakan gabungan mereka dalam kerajaan negeri.


Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, BN menguasai sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, manakala PH pula mendapat 24 DUN.


Susulan situasi DUN yang tergantung, kedua-dua parti mencapai persetujuan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Perak.


Berikutan situasi sama di negeri Pahang dan Persekutuan, kedua-dua pihak bersetuju membentuk kerajaan Perpaduan bagi memastikan pentadbiran tidak terganggu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page