top of page

KEADILAN Pensiangan anjur sambutan Hari Sabah, Hari Malaysia

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Sep 12, 2025
1 min read

Datin Rufinah (membonceng motorsikal) mengibarkan bendera Sabah dalam konvio Hari Kebangsaan
Datin Rufinah (membonceng motorsikal) mengibarkan bendera Sabah dalam konvio Hari Kebangsaan

Rakyat Malaysia terus menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan dan Hari Malaysia dengan penuh semangat patriotik, perpaduan serta kebersamaan.


Perkara itu tidak terkecuali kepada warga Nabawan di pendalam Sabah yang baru-baru ini meraikan Hari Sabah dan Hari Malaysia dalam satu program yang dianjurkan KEADILAN Pensiangan.


"Sambutan peringkat daerah ini berlangsung meriah dan berjaya menarik kehadiran masyarakat setempat.


"Antara aktiviti yang diadakan termasuk konvoi motosikal, motosikal berhias, senamrobik, sukaneka serta cabutan tiket bertuah. Pengunjung turut diraikan dengan hidangan makanan dan minuman sebagai tanda kebersamaan," kata Ketua Wanita KEADILAN Negeri Sabah, Datin Rufinah Pengeran menerusi satu kenyataan.


Hari Sabah diwartakan Hari Sabah pada 5 Jun tahun lalu sebagai menandakan pembebasan atau kemerdekaan Sabah daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1963.


Hari Kemerdekaan Sabah yang sepatutnya berlaku serentak dengan pengisytiharan Malaysia namun pembentukan negara hanya direalisasikan pada 16 September 1963.


Sementara itu Rufinah dalam kenyataannya turut memaklumkan, acara turut dimeriahkan dengan kehadiran Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Dr. Sangkar Rasam, pimpinan masyarakat setempat serta warga daerah yang hadir beramai-ramai.


Justeru, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa KEADILAN Cabang Pensiangan atas usaha gigih menganjurkan sambutan tersebut.


"Semoga usaha bersama ini terus mengukuhkan semangat cintakan negeri dan negara tercinta," katanya lagi.

1 Comment


LouisaFletcher
2 days ago

https://casinimobile.com is where I sometimes read up on how different regions celebrate their independence days, so the detail about Sabah's Hari Sabah being gazetted only last year on 5 June caught my attention, especially since the actual handover happened back in 1963. That gap between historical events and official recognition is something a lot of places quietly carry, and it makes the motorcycle convoy and lucky draw feel less like a party trick and more like a genuine effort to build local pride. Having a district-level celebration pull in the community that way seems like the real takeaway here.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page