top of page

KEADILAN Penampang lancar jentera pilihanraya



Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berkemungkinan diadakan pada hujung tahun 2024, KEADILAN Cabang Penampang baru baru ini melancarkan jentera pilihanraya di Kampung Madsiang, Penampang.


Menurut satu kenyataan, jentera pilihanraya berkenaan telah dilancarkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Azman Abidin.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah sebelum ini, Datuk Sangkar Rasam yang hadir dalam majlis itu berharap dengan pelancaran jentera itu, KEADILAN Penampang akan lebih bersedia menghadapi PRN.


"Kita akan teruskan momentum ke arah kemenangan Pilihan Raya Negeri yang bakal tiba tidak lama lagi dan kita akan perkemaskan jentera serta gerak kerja kita bersama-sama," katanya.


Majlis tersebut dihadiri lebih seribu ahli akar umbi dan rakyat setempat. Ketua Cabang Penampang, Joseph Alex Chang berkata bahawa beliau dan jentera telah bersiap sedia untuk menghadapi PRN tersebut.


Selain acara pelancaran jentera pilihanraya, Naib Ketua Cabang dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Rakyat Penampang Sabah, Eldridge Laurence Timis juga telah menyumbangkan lebih dari 700 kampit beras untuk diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah.


Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Koperasi Keadilan Berhad (KIRA), Raiyan Abdul Rahim yang turut membawa Srikandi untuk membuka kaunter pendaftaran KIRA.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page