Kepimpinan wanita dalam parti politik amat diperlukan dalam sistem pentadbiran moden.
Bagi mantan Senator Siti Aishah Shaik Ismail, dengan berlalunya zaman, stereotaip yang menyebut wanita tidak layak memimpin atau tidak dilahirkan sebagai pemimpin tidak lagi terpakai dan mungkin hanya disebut orang individu yang kurang memahami kehendak semasa.
"Pada saya soal memimpin itu (berkesan atau tidak) balik kepada tanggungjawab dan hati naluri orang itu sendiri. Kalau dia rasa dia masuk politik untuk dapat habuan dunia, dia tak akan boleh sampai ke tahap kepimpinan sebenar. Sebab akan sentiasa ada membataskan dia berkhidmat segala daya
"Tetapi kalau dia masuk politik akibat persekitaran (yang memaksa), itu menyebabkan sosok tubuh wanita itu berani untuk bangkit dan sanggup merisikokan diri mereka," katanya dalam forum Borak Feminin bertajuk "Wanita & Politik: Jasa dan Peranan", semalam.
Menurut beliau lagi, ketika dilantik sebagai senator beberapa tahun lalu beliau masih berumur 30 tahun dan merupakan lantikan yang tidak lazim berdasarkan umur.
Namun tidak disangka, katanya, lantikan itu menjadi trend pula apabila parti lawan mula meletakkan wanita muda di Dewan Negara di kemudian hari.
"Di sini KEADILAN satu satunya parti perkenal 30% kuota pembuat dasar itu mesti wanita secara perlembagaan. Umno sendiri tak buat.
"Waktu KEADILAN meletakkan saya di Dewan Negara. Umur baru 30 tahun, waktu itu muda lagi.
"Dewan Negara di kelilingi orang umur 40 tahun ke atas. Mahu sesuaikan diri payah. Tetapi impak kepada perkara itu dengan KEADILAN beri ruang wanita muda masuk akhirnya Umno menciplak trend itu. Mereka masukkan Puteri Umno dan wanita 40 tahun ke bawah.
"Itu pencapaian yang perlu dikreditkan kepada KEADILAN," kata Aishah.
Bagi mantan Exco Melaka, Datuk Ginnie Lim pula, peranan wanita dalam politik sudah tidak lagi dipertikaikan di seluruh dunia kerana banyak ahli politik adalah golongan wanita.
"Hari ini kita lihat di banyak negara ada presiden wanita. Kalau kita lihat 50 tahun dahulu ada juga wanita, tetapi cabaran yang mereka hadapi lain
"Hari ini wanita diletakkan untuk mengepalai negara juga jentera kerajaan," katanya.
Ginnie berkata, beliau bernasib baik kerana banyak menimba inspirasi daripada wanita yang lebih berusia daripadanya pada waktu awal gerakan Reformasi.
Selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, katanya, beliau juga terinspirasi untuk kental berjuang melihat wanita yang dalam keterbatasan tetapi bersemangat tinggi untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya pada zaman mahasiswa rasa bernasib baik kerana melalui zaman bergelora masa itu, tetapi melalui saat di mana kita lihat seorang pemimpin dizalimi, ramai aktivis ditangkap. Kita dapat lihat pemimpin wanita Dr Wan Azizah mengetui gelombang Reformasi.
"Beliau tak ada latar belakang politik. Anak anak masih muda. Beliau memberi inspirasi kepada banyak aktivis wanita," katanya.
Datin Faizah Ariffin pula memang tidak pernah memegang jawatan kerajaan namun kata beliau, hal itu tidak menghalang untuknya berkhidmat sepenuh daya kepada parti dan wanita di persekitarannya.
"Aishah pernah jadi senator, Ginnie pernah jadi YB, saya tak pernah jadi apa. Tetapi saya masih lagi bersama perjuangan KEADILAN.
"Saya secara mudah di belakang suamimyang berjaya itu itu ada wanita di sampingnya. Saya dan suami sokong menyokong satu sama lain," katanya.
Calon Majlis Pimpinan Pusat itu berkata, tugas beliau dalam wanita KEADILAN kini adalah untuk melatih generasi baharu menjadi ahli politik yang bertanggungajwab, bersih dan amanah.
"Mengapa bersama dalam wanita KEADILAN? Matamat saya adalah untuk memberdayakan wanita, lahirkan ramai lagi kepimpinan wanita di peringkat cabang dan pusat.
"Saya selalu berharap politik toksik, kalau dalam Wanita Umnp tekan menekan itu biasa. dalam KEADILAN jangan ada seorang berniat nak jatuh menjatuhkan
"Kita perlu dokong mendokong. Kalau kita faham asas itu baru kita sedar mengapa perlu bersama dalam perjuangan KEADILAN.
"Kita nak reform tatakelola, urus tadbir. Apa yang kita perjuangkan? Sebagai sebuah parti semak imbang dalam keajaan," katanya lagi.
Comments