top of page

KEADILAN pecat lima pimpinan




Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN yang diadakan semalam telah mempersetujui syor-syor Lembaga Disiplin dalam memecat, menggantung dan memberi amaran kepada ahli-ahli parti yang melakukan kesalahan.


Menurut Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Ahmad Kassim, terdapat lima anggota yang dipecat. Iaitu Ketua Wanita KEADILAN Haniza Talha; Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh Dr Afif Bahardin; ADUN Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim; Ketua Wanita KEADILAN Sabah Rahimah Majid dan Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria.


Manakala seorang anggota digantung, Ahmad Raj Abdullah, kerana terlibat dalam serangan fizikal terhadap Chua Tian Chang pada 30 Mac 2020. Penggantungan dikuatkuasakan sehingga siasatan oleh pihak berkuasa selesai.


Mesyuarat MPP juga, menurut Ahmad, memutuskan tiga anggota diberi amaran. Iaitu Naib Presiden KEADILAN Chua Tian Chang (Tian Chua); Pengarah Komunikasi Wanita Pulau Pinang Carolyn Khor dan ADUN Machap Jaya Ginie Lim.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page