KEADILAN PDM Tenom agih Sumbangan Bakul Ihsan Madani
- Redzuan Shamsudin
- 2 minutes ago
- 1 min read

Oleh: Shaiful Annuar S
KEADILAN Cabang Tenom yang diketuai oleh Ketua Cabang, Herbert Roger London bersama Ketua Wanita Cabang, Norasiah Yakob, dan jentera Pilihan Raya Negeri Sabah telah melaksanakan program Sumbangan Bakul Ihsan Madani di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) sekitar Tenom termasuk Paguokon, Melalap, Saga dan Mandalom.
Program ini bertujuan membantu keluarga yang memerlukan melalui pengagihan Bakul Ihsan Madani yang mengandungi barang keperluan asas harian.
Inisiatif tersebut turut menjadi wadah untuk menyemai nilai kasih sayang dan semangat keprihatinan sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani.

Menurut Herbert Roger London, usaha murni terbabit bukan sahaja meringankan beban penerima, tetapi juga memperkukuh hubungan antara pimpinan parti dan masyarakat setempat.
"Kami ingin memastikan setiap lapisan masyarakat merasai keprihatinan dan kebersamaan dalam menghadapi cabaran kehidupan," katanya.
KEADILAN Cabang Tenom turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua sukarelawan dan penyumbang yang telah menjayakan program berkenaan dan berharap sumbangan itu membawa manfaat besar kepada komuniti di daerah Tenom.