KEADILAN Paya Besar tubuh ranting baharu, rakyat yakin perjuangan parti
- Suara Keadilan

- Nov 2
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
KEADILAN Cabang Paya Besar terus memperkukuh kedudukan parti itu di Pahang apabila berjaya menubuhkan satu lagi ranting baharu di Kampung Baru Sri Pandan, Panching Timur.
Majlis pelancaran disempurnakan Pengarah Komunikasi KEADILAN Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad pada Jumaat dengan kehadiran pimpinan cabang, ahli ranting serta penduduk setempat.
Menerusi perkongsian di laman media sosialnya, Wan Fauzuldin menyifatkan penubuhan ranting baharu itu sebagai lambang keyakinan berterusan rakyat terhadap perjuangan parti KEADILAN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Cabang menerima beberapa ahli baharu yang berminat menyertai parti. Pada majlis itu juga, sedikit sumbangan disampaikan sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat," katanya.
Beliau sementara itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan usaha tersebut, khususnya Ketua Ranting baharu, Syamsul, yang menjadi tuan rumah dan penggerak utama kejayaan penubuhan ranting berkenaan.
"Tahniah kepada semua ahli Ranting Kg Baru Sri Pandan yang berjaya menubuhkan ranting ini. Semoga terus kukuh dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat," katanya lagi.









Comments