KEADILAN Paya Besar sumbang kotak makanan, santuni penduduk Sungai Lembing
- Suara Keadilan

- Oct 30, 2025
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
KEADILAN Cabang Paya Besar meneruskan komitmen menyantuni masyarakat akar umbi menerusi program sumbangan kotak makanan kepada penduduk sekitar Pekan Sungai Lembing.
Program yang diketuai Ketua Cabang, Wan Fauzuldin Wan Samad itu bukan sekadar penyerahan bantuan tetapi turut menjadi wadah mendekati masyarakat setempat, khususnya golongan pertengahan usia dan warga emas.
"Pertemuan berlangsung secara santai di Dewan Country Inn dan kemudian disusuli sesi penerangan ringkas mengenai hala tuju serta perkembangan politik semasa di bawah Kerajaan Perpaduan MADANI," kata kenyataan mereka.
Program berkenaan juga disertai Naib Ketua Cabang, Hj Asri, barisan Ahli Jawatankuasa Cabang (AJK), serta Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Paya Besar.
Turut hadir ialah AJK Ranting Pekan Sungai Lembing, Saudara Hazli dan Ms Wong, yang bersama-sama menjayakan program tersebut.
Dalam kenyataan sama, KEADILAN Paya Besar merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program serahan itu, terutama pihak Country Inn Sungai Lembing yang sudi menyediakan ruang kepada program ziarah tersebut.









Comments