KEADILAN Pasir Gudang sumbang wang SARA kepada 20 keluarga
- Suara Keadilan

- Sep 20
- 1 min read

KEADILAN Cabang Pasir Gudang meneruskan komitmen menyantuni masyarakat setempat dengan mengagihkan sumbangan Wang SARA RM100 pemberian Kerajaan Madani kepada hampir 20 keluarga terpilih di Taman Rinting.
Program itu dilaksanakan oleh kakitangan Pejabat Parlimen Pasir Gudang bersama Ahlijawatankuasa Cabang, Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pasir Gudang, diketuai Ketua Cabang, Murad Jailani.
"Mudah-mudahan inisiatif ini membawa kebaikan buat penerima," kata kenyataan media Penerangan KEADILAN Johor ketika menyerahkan bantuan tersebut.
Menurut kenyataan sama, program berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan manfaat kerajaan sampai terus kepada rakyat yang memerlukan.









Comments