
KEADILAN Cabang Pasir Gudang giat membuka Ranting baharu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.
Menurut kenyataan dari Pejabat KEADILAN Pasir Gudang, semalam satu lagi Ranting berjaya ditubuhkan di Taman Saujana, Pasir Gudang.
"Alhamdulillah setelah berkongsi pengalaman serta menerangkan serba sedikit hala tuju Parti Keadilan Rakyat, satu lagi Ranting KEADILAN akan didaftarkan di Taman Saujana, Pasir Gudang selepas Ranting Taman Cendana.
"Terima kasih kepada saudara Amy Bakri dan sepupunya Fahmi yang turut menjayakan program penyerahkan borang kemasukan keahlian baru.
"Terima kasih dan selamat datang kepada saudara Sulaiman, saudara Ahmad serta sahabat-sahabatnya ke keluarga besar KEADILAN.
"Diusia 22 tahun ini, semoga KEADILAN akan terus menjadi pilihan dan terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim pula berkata, sejak cabang berkenaan dipimpin oleh Ketua Cabang baharu, Murad Jailani (gambar, dua dari kiri), semakin banyak Ranting baharu diwujudkan.