top of page

KEADILAN parti pertama lantik wanita pengarah pilihan raya



KEADILAN menjadi parti pertama di negara ini melantik pimpinan wanita sebagai pengarah pilihan raya pusat.


Perlantikan Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat kelmarin merupakan satu pengiktiran kepada peranan wanita dalam parti berkenaan.


Bagi Setiausaha Wanita KEADILAN Malaysia, Nurin Aina, perkembangan tersebut amat baik terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke 15, terutama dalam usaha untuk melengkapkan 30% kuota wanita sebagai calon .


"Seluruh anggota Wanita KEADILAN ingin merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada Fuziah Salleh di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Pilihanraya Pusat (JPRP) KEADILAN


"KEADILAN telah mencipta sejarah baharu bagi semua parti politik di negara ini kerana menjadi parti pertama melantik seorang pemimpin wanita sebagai pengarah pilihan raya.


"Dalam pada itu, usaha KEADILAN merealisasikan dasar mengarusperdanakan gender dalam sektor politik, dengan mengambil tindakan drastik ini terbukti bukan sekadar janji kosong," katanya.


Selain itu, Nurin juga mengucap tahnian atas pelantikan seorang lagi pimpinan wanita Dr Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).


"Kedua dua posisi ini bukanlah suatu yang kecil tetapi umpama seorang jeneral perang bagi memastikan parti menang dalam core-businesnya. Ia bukannya suatu yang mudah namun mengenali 2 karaktor pemimpin yang dinamakan, mereka ternyata sangat layak.


"Sebelum ini, anggota parti memilih tokoh wanita, YB Datuk Seri Dr Wan Azizah ke jawatan Presiden parti dan tokoh – tokoh wanita lain sebagai naib presiden parti. Ini adalah pencapaian wanita yang sangat ketara dalam hierarki parti," katanya lagi.


Tambah Nurin, Wanita KEADILAN percaya dan yakin reformasi institusi parti politik adalah langkah pembaharuan utama untuk membawa arus perubahan ke dalam pemerintahan negara.




0 comments

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page