top of page

'KEADILAN Pahang tumpu tingkat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan'



Oleh: Akmal Manaf


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan Dewan Negeri Pahang, Rizal Jamin menzahirkan rasa optimis dengan kedudukan Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan.


Beliau berkata, meskipun jumlah wakil rakyat PH yang berada dalam gabungan Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN) di negeri itu minioriti namun banyak perkara telah berjaya dilakukan dalam kerjasama berkenaan.


Katanya, PH sudah mempunyai dua Exco, seorang timbalan speaker dan juga dua ADUN lantikan.


''Selain itu, kita mempunyai 51 ahli majlis untuk keseluruhan Pahang.


''Kita juga sudah menandatangani perjanjian persefahaman Kerajaan Perpaduan Pahang antara BN dan PH,'' ujarnya.


Beliau berkata demikian dalam program Bual Bicara Suara Anak Madani Edisi Pahang, malam tadi yang menampilkan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin iaitu Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri sebagai moderator.


Susulan perkembangan itu, Rizal yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang berpendapat, kejayaan sedemikian perlu diraikan dan pada masa sama cuba memenuhi amanah yang diberikan masyarakat kepada wakil rakyat.


''Awal tadi saya ada cakap, iaitu fokus kita adalah untuk memberikan khidmat kepada rakyat.


''Bagi saya, tidak guna kita dapat jawatan di apa-apa peringkat, tetapi tidak boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat, akhirnya akan makan diri kita semula.


''Jadi, saya berharap rakan-rakan di bawah sana, kalaulah ada satu atau dua perkara yang belum selesai, kita jangan banyak merungut.


"Kita tumpu pada yang sedia ada iaitu kualiti berbanding kuantiti,'' ujar beliau yang juga merupakan Ketua KEADILAN Cabang Lipis.


Bual bicara itu turut menampilkan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan anggota baharu KEADILAN, Datuk Suhaimi Ibrahim sebagai panel.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page