top of page

KEADILAN Pahang audit 14 Cabang perkukuh persediaan PRU16

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 4 hours ago
  • 1 min read
Fakhrul Anuar (beruniform KEADILAN) menyambut kedatangan pasukan audit
Fakhrul Anuar (beruniform KEADILAN) menyambut kedatangan pasukan audit

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pahang menggerakkan program audit organisasi melibatkan kesemua 14 cabang di negeri itu bagi memastikan pemantapan parti berjalan secara tersusun dan berkesan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, inisiatif tersebut selaras dengan saranan Presiden KEADILAN agar setiap cabang memperkukuh gerak kerja di semua peringkat.


Sehubungan itu, pasukan audit yang diketuai Bendahari Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Adnan Mohd Lazim telah mengadakan lawatan ke Pejabat KEADILAN Cabang Kuantan pada 24 April.


Lawatan tersebut disambut Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi bersama barisan kepimpinan cabang termasuk Ketua Wanita KEADILAN, Sridayu Samsuri.

Audit dilakukan kepada aset parti peringkat cabang
Audit dilakukan kepada aset parti peringkat cabang

Menurut kenyataan itu, audit berkenaan menilai tahap kesiapsiagaan cabang dari segi pengurusan organisasi serta pelaksanaan aktiviti akar umbi, dengan penyaluran dana ditentukan berdasarkan merit prestasi setiap cabang.


"Dana kepada setiap cabang akan ditentukan berdasarkan kemampuan mereka menggerakkan aktiviti teras termasuk penambahan anggota baharu dan pembentukan ranting," katanya.


Setakat ini, Cabang Kuantan mendahului dari segi jumlah ranting tertinggi di Pahang dengan 63 ranting, selain berada di tangga ketiga bagi pertambahan keahlian selepas Indera Mahkota dan Jerantut.


Cabang itu turut dipertanggungjawabkan untuk merampas semula kerusi Parlimen Kuantan pada PRU16 selepas kekalahan pada PRU15.


Di peringkat operasi, gerak kerja parti di Kuantan digerakkan melalui tiga bilik gerakan utama iaitu Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan di DUN Teruntum serta dua lagi di DUN Tanjung Lumpur dan DUN Inderapura, termasuk penglibatan aktif sayap Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page