top of page

KEADILAN Pagoh sedia hadapi PRU, tolak kerjasama Tun Mahathir, Pejuang



KEADILAN Cabang Pagoh yang melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) baru-baru ini, menyatakan kesiap siagaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang mungkin diadakan pada tahun ini.


Menurut kenyataan KEADILAN Pagoh, beberapa usul penting telah diluluskan di dalam MATC kali ini.


"KEADILAN Pagoh menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke 9 selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU 15


"KEADILAN Pagoh juga menolak sebarang kerjasama dengan Tun Mahathir dan parti Pejuang


"Kami akan terus memberi sokongan kepada presiden dan pimpinan pusat serta negeri," kata kenyataan itu.


Selain usul berkenaan, KEADILAN Pagoh juga bersiap sedia merampas kembali kerusi milih PH di Pagoh dari Bersatu.


KEADILAN, kata kenyataan itu, akan memastikan kemenangan PH di Parlimen Pagoh yang dikuasai Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kemenangan di DUN Bukit Pasir dan DUN Bukit Kepong.


Turut hadir dalam MATC ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor Syed Ibrahim Syed Noh, Ketua Cabang KEADILAN Pagoh Tuan Subramani Chami, Pengerusi Tetap KEADILAN Pagoh saudara Jesudass, Ketua Wanita KEADILAN Pagoh Zuraidah Wagi, Ketua AMK Pagoh saudara Sharwin dan para pimpinan peringkat Ranting.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page