top of page

KEADILAN Pagoh gotong royong pembersihan pasca banjir

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jan 17, 2022
1 min read


KEADILAN Cabang Pagoh baru baru ini bergotong royong membersihkan rumah penduduk dan kawasan yang dilanda banjir.


Menurut Penyelaras KEADILAN N.08 DUN Bukit Pasir merangkap Ketua Cabang KEADILAN Pagoh, Subramani Chami, pembersihan penting dalam situasi pasca banjir bagi mengelakkan penduduk yang pulang ke rumah masing masing tidak dijangkiti penyakit bawaan bakteria atau virus akibat kotoran banjir.


"KEADILAN Pagoh akan sentiasa kekal komited untuk membantu masyarakat Parlimen Pagoh," katanya.


Turut serta daam gotong royong itu ialah ADUN Bukit Naning merangkap Ketua Penerangan Keadilan Johor,YB Ysahrudin, ADUN Serom YB Dr Faizul, Setiausaha AMK KEADILAN Johor saudara Fakharuddin, Ketua Wanita KEADILAN Pagoh Pn Zuraidah Wagi dan AJK KEADILAN serta sukarelawan yang membersihkan rumah rumah mangsa di Kampung Lenga Batu 28, Pagoh.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page