top of page

KEADILAN Pagoh edar Bakul Makanan kepada penduduk

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 26, 2021
  • 1 min read

Updated: Jul 22, 2021


KEADILAN Cabang Pagoh mengedarkan Bakul Makanan kepada 20 keluarga baru-baru ini.


Menurut Ketua Cabang Pagoh, Subramani Chami, edaran itu dilakukan di sekitar DUN Bukit Pasir.


Kata beliau yang juga Penyelaras DUN Bukit Pasir, kebanyakan penerima terdiri daripada pekerja kilang, warung dan pekerja ladang yang tidak dapat bekerja seperti biasa susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.


"Ramai yang hilang sumber pendapatan, hilang kerja! Pada masa yang amat kritikal ini kita harus turun padang dan membantu mereka sedaya yang mampu bukan seperti seperti segelintir yang hanya hendak mempertahankan kuasa dan kerusi!


"Keluhan rakyat tidak diendahkan. Kami akan meneruskan bantuan foodbank ini pada minggu - minggu yang datang," katanya.


Menurut Subramani lagi, edaran bantuan di Pagoh itu mematuhi segala SOP yang ditetapkan oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page