top of page

KEADILAN P Pinang lancar program Deepavali 2021



KEADILAN negeri Pulau Pinang melancarkan jelajah Deepavali Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang 2021 di Wisma KEADILAN Pulau Pinang, baru-baru ini.


Menurut pengarah program Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN, A. Kumaresan, pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi MPN, Datuk Muhammad Bakhtiar dan jelajah Deepavali tersebut akan bergerak ke seluruh Cabang bagi membantu golongan yang terjejas agar boleh menyambut perayaan.


Menurut beliau, Bakhtiar dalam ucapannya berkata, KEADILAN merupakan parti yang memperjuangkan nasib semua kaum di Malaysia dan memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.


"Beliau sebagai Ahli Parlimen berbangsa Melayu pernah membangkitkan isu-isu berkaitan masyarakat India di Dewan Rakyat. Datuk Bakhtiar juga menekankan bahawa sumbangan masyarakat India di Malaysia harus diiktiraf .


"Jasa masyarakat India juga banyak dan sekiranya kita berbalik kepada sejarah kehidupan rakyat Malaysia banyak berkait budaya kaum India.


"Kita boleh lihat sejarah dan asal usul pelbagai perkataan yang diserap masuk ke dalam budaya Melayu menerusi buku Kata Pinjaman Bahasa Tamil dalam Bahasa Melayu," katanya.


Kumaresan yang juga ADUN Batu Uban berkata, KEADILAN Pulau Pinang akan mengedarkan 500 bakul makanan kepada 13 Cabang dan Angkatan Muda KEADILAN Negeri serta Wanita KEADILAN Negeri.


Bakul makanan tersebut mengandungi 10 jenis barangan keperluan untuk menyambut Deepavali termasuk tepung murukku, serbuk kari, beras dan lain-lain lagi.


Turut hadir dalam majlis itu ialah Jason Ong, Naib Pengerusi MPN, Datuk Halim, Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Batu Maung, En. Zul Saad, Setiausaha MPN, En. Fahmi Zainol, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, En. Harikrishnan, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, En. Johari Kassim, Pengarah Operasi Pilihanraya MPN Pulau Pinang serta wakil-wakil komuniti India peringkat Cabang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page