top of page

KEADILAN, NGO Kluang beri ang pau kepada rumah jagaan warga emas

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 10, 2021
  • 1 min read


KEADILAN Cabang Kluang bersama NGO Jingga 13 dan Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat baru-baru ini berkunjung ke Rumah Jagaan Warga Emas di Jalan Hj Manan, Kluang.


Menurut Setiausaha KEADILAN Cabang, Jaafar Matek, mereka memberi sumbangan ang pau dan barangan makanan buat warga-warga emas dalam kunjungan ke rumah jagaan berkenaan.


"Kami menyampaikan makanan petang dan ang pau raya sempena Tahun Baharu Cina kepada semua penghuni rumah warga tua," katanya.


Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Cabang Kluang saudara Kalytas, Pengerusi Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat saudara Nallatamby dan AJK Cabang Kluang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page