top of page

KEADILAN Negeri Sembilan nafi ada pergolakan


Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Ravi Munusamy menafikan terdapat pergolakan antara pemimpin negeri itu.


Beliau sebaliknya berkata, desakan segelintir pemimpinnya yang mahu Pengerusi MPN KEADILAN, Datuk Seri Aminuddin Harun ditukar hanyalah masalah biasa dalam parti.


Malah, Ravi yang juga Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan mengarahkan Setiausaha KEADILAN negeri mengambil tindakan sewajarnya termasuk disiplin terhadap kumpulan berkenaan.


"Memang ada cadangan sebelum ini melantik individu lain sebagai Pengerusi MPN negeri bagi memberi ruang kepada Menteri Besar fokus kepada ekonomi dan pentadbiran, tetapi cadangan itu sudah lama dan ia tergendala.


"Cadangan itu pun tidak pernah dibawa ke peringkat pemimpin tertinggi parti. Ketika ini sokongan semua pihak dalam parti terhadap Aminuddin sebagai Menteri Besar masih utuh dan tidak berbelah bahagi," katanya.


Beliau mengulas mengenai tindakan sekumpulan pemimpin KEADILAN negeri itu semalam yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin dengan mendakwa Menteri Besar itu gagal menyusun strategi untuk mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan negeri.


Mereka mendakwa, Aminuddin tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan penguasaan politik PH menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) serta tidak melakukan penyusunan dan koordinasi yang berkesan untuk menarik sokongan pengundi terutamanya di kawasan DUN yang perlu diberikan tumpuan.


Bagaimanapun, Aminuddin dilihat tidak terlalu bimbang dengan tindakan segelintir pemimpin tersebut.


"Saya tiada masalah, beliau (Ravi) sudah jelaskan, tanya kepada mereka yang membuat kenyataan itu," katanya.


Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Seremban yang juga ahli EXCO negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek pula menyifatkan desakan kumpulan terbabit adalah masalah dalaman parti dan tidak perlu diperbesarkan.


"Ini masalah dalaman parti seperti 'kocakan air dalam cawan'. Ia boleh diselesaikan dalam konteks keluarga dalam parti," katanya yang mengesahkan tidak hadir dalam perjumpaan kumpulan terbabit walaupun namanya tercatat pada kenyataan itu.


Ketua Cabang KEADILAN Rasah, yang juga EXCO negeri, Datuk Ismail Ahmad, bagaimanapun enggan mengulas walaupun namanya dikaitkan dengan kumpulan itu.


ADUN Chuah, Datuk Yek Diew Ching yang turut dikaitkan dengan kumpulan itu menegaskan setiap masalah parti perlu dirujuk kepada parti dan bukannya disebarkan menerusi media sosial.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page