top of page

KEADILAN minta Liberal International keluarkan nama, logo parti dari laman web



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang tidak pernah menyertai gabungan Liberal International (LI), hari ini secara rasmi meminta pertubuhan itu mengeluarkan logo dan nama parti berkenaan daripada laman web gabungan tersebut.


Bagaimanapun, menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil, belum ada maklum balas berkenaan permintaan itu daripada Liberal International pada waktu ini.


"Setakat ini belum ada (maklum balas) tetapi saya difahamkan mereka berpangkalan di London, jadi mungkin beza waktu, namun kita telah berhubung dan akan tunggu.


"Kita bukan ahli, kita tak pernah bayar apa-apa yuran keahlian kepada badan itu.


"Nama dan logo kita perlu dikeluarkan daripada laman web itu," katanya dipetik Bernama.


Kata Fahmi, semenjak beliau memegang jawatan dalam KEADILAN pada 2013 sama ada Ahli Biro Politik, Majlis Pimpinan Pusat, Pengarah Komunikasi sehinggalah Ketua Penerangan, tidak pernah parti itu menimbulkan isu keanggotaan Liberal International dalam mesyuarat.


Tegas beliau, sekiranya benar KEADILAN menganggotai pertubuhan tersebut tentu sekali parti berkenaan dijemput menghadiri mesyuarat agung tahunan, namun hal itu tidak perlu berlaku.


"Tidak boleh dinafikan pihak Liberal International pernah datang ke Malaysia dan pernah mengeluarkan sama ada ucapan tahniah atas kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden KEADILAN), pernah mengadakan aktiviti termasuk dengan sekarang Yang Berhormat Datuk Wan Saiful Wan Jan daripada Perikatan Nasional, dalam beberapa aktiviti sebelum ini.


"Dia (LI) merupakan badan yang berdaftar, mereka bebas untuk membuat sebarang aktiviti, dan kenyataan.


"Tetapi KEADILAN bukan sebahagian daripada Liberal International walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah hadir ke majlis atau program Liberal International atas jemputan, dan bukan sebagai ahli," katanya lagi.


Sebelum ini, KEADILAN mengeluarkan semula video penafian presiden parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya parti itu menganggotai Liberal International.


Penafian pada 2020 itu tidak pernah dirujuk oleh tentera siber pembangkang sebelum kembali memainkan isu keanggotaan KEADILAN dalam LI.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page