top of page

KEADILAN Mersing korban empat ekor lembu sempena Aidiladha

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • May 30
  • 1 min read
Anggota KEADILAN Mersing melapah daging lembu korban
Anggota KEADILAN Mersing melapah daging lembu korban

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Mersing menganjurkan program korban sempena sambutan Aidiladha di Endau pada Khamis.


Ketua Biro OKU KEADILAN Mersing, Zulinah A Johari menerusi satu kenyataan berkata, sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan sepanjang program berkenaan termasuk empat ekor yang merupakan sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Alhamdulillah, program korban KEADILAN Cabang Mersing berlangsung dengan lancar dan mendapat kerjasama yang sangat baik jawatankuasa cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta komuniti setempat.


"Saya sendiri turut bersama-sama membantu sepanjang program berlangsung, bermula daripada urusan penyembelihan, melapah sehingga proses pengagihan daging korban kepada masyarakat setempat," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Zulinah, program tersebut bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidiladha, malah berjaya mengukuhkan semangat gotong-royong dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.


Beliau berharap, program seumpama itu diharap dapat terus pada masa hadapan sebagai platform menyemai nilai kebersamaan, keprihatinan serta memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.


"Terima kasih kepada sukarelawan, jawatankuasa penganjur dan penduduk kampung yang berganding bahu menjayakan program berkenaan dari awal hingga selesai.


"Semoga segala usaha dan pengorbanan ini diterima Allah SWT serta terus mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam komuniti kita," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page