KEADILAN berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api buat kali ketiga berturut-turut apabila Christina Liew disahkan menang secara rasmi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Beliau meraih 7,796 undi dengan majoriti 5,347 sekali gus menewaskan kesemua lapan calon lain termasuk pesaing rapat, Yee Moh Chai dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang hanya meraih 2,449 undi.
Ini bermakna Christina memenangi DUN Api-Api buat kali ketiga selepas pertama kali memenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan Pilihan Raya Umum Ke-14.
N20 API-API
1 LO YAU FOH PPRS 280
2 CHONG TZE KIUN GAGASAN 97
3 MARCEL JUDE A/L M S JOSEPH BEBAS 16
4 CHIN SU PHIN LDP 317
5 PANG YUK MING PCS 431
6 YEE MOH CHAI PBS 2449
7 NG CHUN SUA BEBAS 41
8 LIEW CHIN JIN PKR 7796
9 SIM SIE HONG BEBAS 72
Jumlah undi 11865
Peratus 62
Undi ditolak 336
Kertas undi tidak dikembalikan 30
Majoriti 5347
Comments