top of page

KEADILAN Memimpin: Shamsul bertanding Ketua Cabang Hang Tuah Jaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 11
  • 1 min read


Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sekali lagi bertanding sebagai calon Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya selepas percubaan pada Pemilihan KEADILAN 2022.


Beliau kembali dengan slogan #KeadilanMemimpin yang menekankan pentingnya pengukuhan cabang sebagai asas kekuatan parti. Salah satu komitmen utamanya adalah untuk melaksanakan latihan berterusan kepada anggota parti, bukan hanya dalam aspek politik, tetapi juga kemahiran komunikasi, pengurusan, serta pemahaman dasar-dasar kerajaan.


"Kita perlukan anggota yang bersedia, bukan hanya ketika pilihan raya, tetapi sepanjang masa. Latihan mesti dijadikan budaya kerja kita. Supaya setiap anggota tahu peranan, faham matlamat, dan mampu turun padang dengan yakin," katanya dalam muat naik di media sosial.


Shamsul turut menegaskan keperluan untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijangka berlangsung tahun hadapan, dan menyifatkan pemilihan parti kali ini sebagai medan penting untuk menyusun semula strategi dan tenaga kerja parti.


Dalam masa yang sama, beliau turut membuka ruang untuk kembali merebut jawatan Naib Presiden KEADILAN yang pernah disandangnya, namun menegaskan ia bergantung sepenuhnya kepada mandat yang bakal diperoleh daripada ahli-ahli di peringkat cabang.


"Ini bukan soal jawatan, ini soal masa depan parti. Kalau akar umbi beri kepercayaan, saya bersedia memikul tanggungjawab lebih besar. Tetapi semuanya bermula di sini, di Hang Tuah Jaya," katanya lagi.


KEADILAN Melaka akan mengadakan pengundian pada esok, Sabtu 12 April bersama negeri Perlis dan Selangor,

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page